Thursday 24 November 2011

Senyum Sejenak.......^^

Lawak Pelajar
Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?
Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawak Bawah Umur
Ada sepasang suami isteri serta dengan seorang anaknya yang masih kecil telah pergi ke satu majlis kenduri.Apabila sampai ke kenduri itu mereka pun makan sehingga kenyang tapi dengan tiba-tiba anaknya yang kecil itu menjerit dengan kuat "makkk chek nak kencing" lalu dengan segera maknya menutup mulut budak itu untuk mengaver malu lalu dia membisikkan kepada anaknya "syyy...lain kali kalau nak kencing jangan cakap - mak chek nak kencing ,cakap la chek nak nyanyi"lalu anaknya pun menganggukkan kepalanya saja tanda mengobey perintah maknya itu. Sesudah itu ketika pulang ke rumah mereka sekeluarga berasa sangat letih mak budak itu telah tertidur manakala bapak budak itu sedang berbaring diruang tamu .Ketika dia hendak ketiduran lalu datang anaknya yang hendak terkencing sekali lagi lalu memberitahu bapaknya "paakk chek nak nyanyi " lalu bapanya pun dengan nada keletihan berkata "Ahhh nyanyi kat telinga ayah pelan pelan eh....ayah nak tidur"....so kowang faham2 sendiri la eh..hehe...

p/s : Budak Kecik Tak Tau apa-apa..Jangan ajar benda yang bukan-bukan taw...!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lawak budak dalam bus
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuh tahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas, "Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalau sampai di Ipoh.. beritau anak saya ni." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya,"Sudah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih ters bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab, "Tidur ajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya, "Pak cik... dah sampai ke Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pak cik kejutkan!" Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suaranya tudak dedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Star, budak ini masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tiba-tiba....alamaaakk!! Pemandu bas teringat yang dia sudah terlupa membangunkan si budak tadi. Lalu dia bertanya kepada para penumpang. "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...bagaimana ni, perlukah kita hantar semula budak ini?"
Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan budak kecil tadi. Mereka setuju menghantarnya kembali ke Ipoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh, iaitu selepas tiga jam perjalanan, budak itu pun dibangunkan. "Dik, ooo dik, kita dah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata pemandu. Si budak itu bangun dan berkata, "Oh dah sampai ya!" lalu terus membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkus. Seluruh penumpang kehairanan. "Eh, bukankah kamu nak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebungungan. " Taklah. Emak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"

p/s : Agak2 kowang apa reaksi diowang....^^

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN, MINUMLAH ARAK....^^
p/s : pening gak jadi cikgu ek....^^

No comments:

Post a Comment